Syarat-syarat Peyertaan

1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan BERNAMA dan keluarga terdekat.

2. Peserta dikehendaki melengkapkan jawapan bagi Bahagian 1 dan melengkapkan slogan. Hanya penyertaan yang lengkap dianggap sah.

3. Seorang peserta hanya boleh menghantar sehingga 1 (satu) penyertaan sahaja.

4. Semua penyertaan hendaklah sampai sebelum atau pada 15 September 2006 (Jumaat). Penyertaan yang lewat diterima dianggap tidak sah.

5. Penyertaan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui ruangan yang telah disediakan di dalam laman web Hari Kebangsaan 2006 Bernama.com.

6. BERNAMA mempunyai hak untuk meminda sebarang syarat-syarat peraduan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. BERNAMA berhak menukar sebarang hadiah kepada hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.

8. Semua hadiah akan dihantar melalui pos. BERNAMA tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang berlaku sewaktu penghantaran.

9. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

10. Sebarang tuntutan undang-undang ke atas BERNAMA yang berkaitan dengan peraduan ini adalah dianggap tidak sah.

11. BERNAMA mempunyai hak untuk menyiarkan nama-nama pemenang bagi tujuan publisiti.

12. Para pemenang mempunyai 60 hari untuk menuntut hadiah masing-masing. Sebarang tuntutan selepas tarikh ini tidak akan dilayan.
 
     
  (Kembali)  
     


 

   
     
 

BERWARNA-WARNI… Sebahagian daripada rakit berhias yang menyertai pertandingan rakit berhias di Tasik Takong sempena sambutan Kemerdekaan ke-49 peringkat Pengkalan Hulu. Foto: Che Saad Noordin